Wednesday, 11 December 2013

ALERT COLOR

Mengapa saya banyak menggunakan warna dalam peringatan saya?perkara ini menjadi persoalan kepada pelajar2 sy(mungkin atau tidak).baru2 ni ade yg bertanya...ini bukan sesuatu yg standard,tp untuk planning dan peringatan kpd student2 juga kpd sy sendiri...antaranya seperti berikut ;

VIOLET TIPS-tips berguna untuk dikongsi seperti keindahan ladang lavender
GREEN REMINDER-peringatan yg perlu diambil kira,luasnya mungkin seperti padang(masa),tp jika diabai..peringatan seterusnya harus diambil kira
BLUE ALERT-peringatan seluas lautan,banyak perkara yg perlu diselesaikan
YELLOW ALLERT-seperti terik matahari,peringatan yg JANGAN diambil mudah.kerja sudah perlu 50%
ORRANGE ALERT-kepanasan mencecah tahap mendidih..perlu siapkan cepat.jawabnye x tido malam
RED ALERT-siren sudah berbunyi.anda mungkin ada kurang 24 jam..
BLACK SPOT-laser betul2 di dahi(headshot).tunggu masa tarik picu je

Hanya berkongsi..nasib baik xbleh nk kale2 je kt fb ni.klu x mmg berwarna warni..selamat merancang kerja2 anda..

Monday, 7 October 2013

be in positive mood

sejak kebelakangan ni, mood berada dalam keadaan yang agak kurang stabil atas sebab-sebab yang tidak dapat dikongsi. namun itu semua tidak jadi masalah..cuma ada la sikit2 yang kadang-kadang tu terpikir : kenapa jadi cam ni lak kan..

"Allah uji kita dalam banyak situasi dan banyak cara, itu mungkin salah satu ujiannya "..hati kecil berkata


seterusnya untuk menghadapi hari2 mendatang yang indah..itu tugas yang peru kita galas..


"diharap dengan menulis sesuatu yang positif akan menjadikan persekitaran jadi positif juga"..

"kurangkan leteran dan berbicara perkara yang negatif dan teruskan kerja....jom.."

salam semuaa..

Thursday, 29 August 2013


salam semua,
jemput hadir semua untuk memeriahkan lagi program ini eseok..sebarkan kepada rakan2 & saudara2 anda...

Monday, 19 August 2013

CNM MERDEKA showcase 2013

Salam,

tinggal lagi 10 hari menuju CNM MERDEKA showcse 2013. debaran makin memuncak kerana semua persiapan perlu dibuat dengan teliti agar cela dan kekurangan dapat diminimakan sebelum semasa dan selepas program itu nanti.

insyaallah saya  dari pihak penganjur akan melakukan yang terbaik bagi semua. saya tidak menjanjikan sesuatu yang besar, namun saya akan pastikan perkara2 yang dirancang menepati apa yang dirancang. kita manusia mampu merancang, penentu segalanya adalah ALLAH s.w.t juga.

kepada ahli komiti yang terlibat, berilah kerjasama sepenuhnya untuk event ini, kerana semua ini untuk anda...saya tidak dapat apa2 pun..

Semoga Allah berkati apa yang telah saya bangunkan selama ini, Insyaallah...aminnn

Wednesday, 14 August 2013

REMINDER

Salam semua,

Terutamanya untuk pelajar yang mengambil subjek ART2093 & ART2033.
Minggu yang anda lalui sekarang ini adalah minggu ke-10, jika diamati dengan teliti, dari apa yang telah saya sampaikan dalam kelas, juga melalui kertas PROJECT BRIEF yang mengandungi timeline kerja anda : anda mempunyai tempoh 2 minggu sahaja lagi untuk menyiapkan tugasan project anda.

Timeline yang saya beri sebelum ini sebenarnya cukup dan sempat untuk anda laksanakan jika anda mematuhi dan mengikut jadual kerja yang telah saya tetapkan disamping perkara-perkara berikut:

1. tak ponteng kelas / tak hadir : tak kira la sakit ke bercuti
2. tidak lewat datang ke kelas
3. menyiapkan kerja mengikut masa ditetapkan dalam kelas
4. mengikut jadual kerja by week yang telah saya tetapkan.

jika anda follow apa yang saya tetapkan sepanjang semester ini, insyaallah, anda sepatutnya boleh menghantar tugasan dengan baik. dengan w.i.p yang anda post/hantar setiap 2 kali seminggu yang telah saya tetapkan...

agak agak macam mana?? tepuk dada, tanyalah iman

Sunday, 4 August 2013

Friday, 2 August 2013

Salam aidilfitri untuk semua

salam aidilfitri dai School of IT & Multimedia


Selamat hari raya dari librian MMC KL

Tuesday, 30 July 2013

kad raya 1434

hari-hari terakhir pose ni..nak kena pulun buat kad raya untuk school of IT & MM lak..photoshoot dah buat minggu lepas..tapi tak menyempat nak edit lg..harap2 siap dalam minggu ni gak



akan datang merdeka ini


Dengan izin dan keberkatan bulan ramadhan ini, (walau masih belum rasmi) ingin disampaikan bahawa program yang telah tertangguh sekian lamanya akan disambung kembali..semoga kelancaran program ada bersama kami. aminnn
poster program CNM MERDEKA SHOWCAE 2013


saya akan update aktiviti yang bakal dijalankan nanti..insyaallah

30 hari menjelang...

Ada lebih kurang 30 hari saja lagi(tambah tolak cuti raya dan hujung minggu) untuk sampai ke program CNM MERDEKA SHOWCASE 2013. dengan harapan tiada perkara yang ditunda atau di cantas last2 minit ni..

setelah otak diperah bersama-sama mereka2 yang benar2 komited, maka logo serta attire baaru akan dihasilkan untuk program ini nanti..

logo pon dah ditukar..

logo baru untuk showcase kali ni..penat gak nak tukar2 nama & logo ni..tapi takpe, puas hati tengok hasil

option ni mungkin akan diguna untuk segmen yang berasingan







agak2 baju pon ade versi2 lain mungkin.

ni baju yang sebelum ni...masih ada stok lagi..sape mau???dari rm20 ke atas, saiz xxxl tambah rm3 je
baju baru..blum print lagi



saya mengharap kerjasama dari pelajar dan rakan2 untuk memastikan perkara ini dapat dijalankan dengan lancarnyer...insyaallah

progress untuk kelas illustration dan drawing, tetap saya akan update setiap masa.

Sunday, 21 July 2013

ART2093 - concept poster

Tugasan seterusnya dalam section c untuk subjek ART2093 adalah concept poster.

Jadi untuk memudahkan 'work delegation & concept' saya pecahkan kepada 4 sub topic yang berbeza cara penghasilannya, namun masih sama iait untuk menyampaikan mesej, atau 'sesuatu' berkenaan/berkaitan cerita, watak mahupun persekitaran secara khususnya...

4 concept poster yang perlu dihasilkan adalah :

1. cover magazine
2. commission
3. pin up
4. advert

saya teramgkan secara ringkas melalui tulisan dan visual..(atas pemahaman saya yg cetek)

1. cover magazine
(lukisan yang dihasilkan untuk menghiasi muka hadapan komik atau majalah.gunakan typografi yg tepat/sama ,begitu juga dengan tata letaknya)

yg diutamakan adalah karektor

kedudukan template tulisan tidak berubah untuk keluaran yg lain

2. commission
(lukisan tak kira digital atau komvensional yang padanya ada mengambil karektor/cerita/konsep/persekitaran sesuatu cerita yg lain dan credit harus diberi kepada pencipta asalnya)
watak cinderella awal 1970-an dari walt disney

hasil commission jirkavinse
 seorang designer dan pensyarah 
macam komik superman dan sebagainya, banyak ditiru karektornya oleh ramai artis lain dari seluruh dunia

3. pin-up
(konsep asasnya diilhamkan untuk menaikkan semangat tentera amerika semasa perang dunia ke-2, jadi mereka gunakan model wanita sebagai penaik semangat. namun apa yg jelas adalah saiz & kedudukan model adalah penuh dan keseluruhan bentuk)



4. advert /iklan
(untuk menonjolkan sesuatu produk yang digayakan oleh karektor yang anda hasilkan)
produk asal +  watak ciptaan



Tuesday, 16 July 2013

use inspiration

Dalam topik "how walt disney create animation" minggu ini, antaranya adalah "use inspiration"..dapatkan inspirasi. tapi dari mana?????

berlaku juga pada diri saya sendiri, dalam tempoh 10 tahun kebeakangan ini, saya juga tidak lekang dari permasalahan idea dan corak lukisan. sentiasa berubah mengikut masa dan pengaruh saya ketika itu.

namun untuk hari ini saya nak kongsi link blog http://lucachiarotti.blogspot.com/  , untuk inspirasi menghasilkan objek/karektor/ persekitaran yang mudah dan simple..

selamat mencuba

ART2033 week 7


product design / rendering marker

menghasilkan sesuatu lukisan produk(product design) seseorang perlu memahami konsep berikut:

1. basic shape & form / asas bentuk dan rupa
2. perspektif
3. pencahayaan
4. warna

harus celik warna dan mahir dalam lukisan perspektif untuk menghasilkan lukisan tangan yang baik. Disamping itu, objek berbentuk bulat dan lengkung juga perlu melalui proses asa bentuk petak dahulu. dengan mengambil kira darjah kecondongan dan paksi sesuatu lengkungan, barulah sesuatu bentuk lengkung(curve) dapat dihasilkan dengan baik.



langkah2 melukis dan mewarna menggunakan rendering marker



ART2093 week 7

Minggu ke-7 bagi penggal semester jun-okt2013 sudah dipertengahan, tugasan telah diberikan 2 bulan lebih awal, iaitu selepas minggu peperiksaan bagi pelajar-pelajar yang semester sebelumnya.


Namun hingga kini masih ada lagi yang kurang rasa tanggungjawab dan kesedaran untuk menunjukkan asil kerja masing-masing. Ingatlah, masa belajar ini perlu kita cepat dalam 3 perkara(pesan Dr. Zulkifly | Cinta Ilmu | TV Alhijrah):

1. cepat berjalan - nak pergi ke kelas janganlah lenggang kangkung,kadang2, kura2 lagi cepat
2. cepat makan -bukan bermaksud gelojoh(cepat tapi masih tertib dan sopan)
3. cepat menulis/melukis(bagi pelajar kreatif/dnm) - perlu cepatkan cara melukis garisan/drafting serta mencatat perkara yang diterangkan pensyarah.

minggu 1 hingga ke 4, saya lebih tekankan tentang penghasilan lukisan (karektor/ persekitaran) secara konvensional iaitu lukisan tangan. kenapa? ia sangat perlu memahirkan diri dalam lukisan tangan untuk memudahkan pengawalan pen semasa menggunakan wacom semasa digital drawing.

practice make perfect..jadi banyakkan berlatih


minggu ke 5- 6 saya terangkan cara untuk menghasilkan layout atau susunan yang baik dalam satu ruang. antara perkara yang dititikberatkan adalah :

1. align
2. strong visual connection
3. keep odd or even
4. divide to third
5. add white space
6. repetition pattern
7. emphasize between design element
(diambil dari about.com | 7 composition tips)
susunan yang teratur akan memudahkan pembacaan(draft awal artbook Al kalam)

minggu ke 7 pula ditekankan tentang konsep vector untuk memudahkan(simplify) bentuk, karaektor juga persekitaran dalam konsep vektor dengan menggunakan Adobe Illustrator sebagai platformnya.
(penerangan berkaitan diambil dari vectortutsplus.com)

Banyak perkara yang perlu dikejar untuk memastikan hasil pada semester ini boleh dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar akan datang. Ya allah , berilah aku kekuatan untuk meneruskan semua ini...Insyaallah.


CNM merdeka showcase 2013

Setelah sekian lama paperwork dan perancangan cnm showcase tergendala, akhirnya kini tiba masa untuk program ini dihidup dan disempurnakan sebaik-baiknya.

Namun atas beberapa sebab tertentu, perancangan asal program ini akan ada sedikit penukaran dan rombakan untuk penambah baikan program yang akan dijalankan ini, Insyaallah.

Bagi menyempurnakan hasrat awal program ini, kutipan sumbangan derma kepada saudara di palestin akan dijalankan secara kosisten(harap-harapnya) di sekitar kolej setiap hari bagi memenuhi Tabung Untukmu Palestin"

jom sama sama membantu sahabat serta saudara kita yang sedang mempertahankan kiblat pertama umat Islam, majid Al-Aqsa.

Wednesday, 22 May 2013

khufi guide


ini adalah guide camne nak develop khat khufi. saya develop balk berdasarkan guide yang same tapi dal am bentuk kertas. saya in gin berkongsi dengan anda semua, seni ini boleh juga digunakan untuk yang ingin belajar jawi...

khufi art : seni kaligrafi dari khufa

sejarah penulisan kaligrafi arab telah bertapak 1000+++ sebelum ini lahir di bumi khufa sebuah bandar di iraq. dengan perkembangan teknologi dan seni masa kini, seni ini sudah mula diminati oleh golongan muda, tak lupa jua golongan dewasa yang mungkin sudah kurang dalam penggunaan tulisan jawi / kaligrafi arab.

berikut adalah antara beberapa hasil yang telah saya buat untuk nama rakan2 serta ahli keluarga saya, jika ada diantara anda yang melihat hasil saya ini ada kepincangan atau kesalahan dimana-mana, mohon untuk ditegur, kerana saya juga masih baru dan belajar dari masa ke semasa. tq