Salam semua,
Terutamanya untuk pelajar yang mengambil subjek ART2093 & ART2033.
Minggu yang anda lalui sekarang ini adalah minggu ke-10, jika diamati dengan teliti, dari apa yang telah saya sampaikan dalam kelas, juga melalui kertas PROJECT BRIEF yang mengandungi timeline kerja anda : anda mempunyai tempoh 2 minggu sahaja lagi untuk menyiapkan tugasan project anda.
Timeline yang saya beri sebelum ini sebenarnya cukup dan sempat untuk anda laksanakan jika anda mematuhi dan mengikut jadual kerja yang telah saya tetapkan disamping perkara-perkara berikut:
1. tak ponteng kelas / tak hadir : tak kira la sakit ke bercuti
2. tidak lewat datang ke kelas
3. menyiapkan kerja mengikut masa ditetapkan dalam kelas
4. mengikut jadual kerja by week yang telah saya tetapkan.
jika anda follow apa yang saya tetapkan sepanjang semester ini, insyaallah, anda sepatutnya boleh menghantar tugasan dengan baik. dengan w.i.p yang anda post/hantar setiap 2 kali seminggu yang telah saya tetapkan...
agak agak macam mana?? tepuk dada, tanyalah iman
No comments:
Post a Comment