Tuesday, 16 July 2013

ART2093 week 7

Minggu ke-7 bagi penggal semester jun-okt2013 sudah dipertengahan, tugasan telah diberikan 2 bulan lebih awal, iaitu selepas minggu peperiksaan bagi pelajar-pelajar yang semester sebelumnya.


Namun hingga kini masih ada lagi yang kurang rasa tanggungjawab dan kesedaran untuk menunjukkan asil kerja masing-masing. Ingatlah, masa belajar ini perlu kita cepat dalam 3 perkara(pesan Dr. Zulkifly | Cinta Ilmu | TV Alhijrah):

1. cepat berjalan - nak pergi ke kelas janganlah lenggang kangkung,kadang2, kura2 lagi cepat
2. cepat makan -bukan bermaksud gelojoh(cepat tapi masih tertib dan sopan)
3. cepat menulis/melukis(bagi pelajar kreatif/dnm) - perlu cepatkan cara melukis garisan/drafting serta mencatat perkara yang diterangkan pensyarah.

minggu 1 hingga ke 4, saya lebih tekankan tentang penghasilan lukisan (karektor/ persekitaran) secara konvensional iaitu lukisan tangan. kenapa? ia sangat perlu memahirkan diri dalam lukisan tangan untuk memudahkan pengawalan pen semasa menggunakan wacom semasa digital drawing.

practice make perfect..jadi banyakkan berlatih


minggu ke 5- 6 saya terangkan cara untuk menghasilkan layout atau susunan yang baik dalam satu ruang. antara perkara yang dititikberatkan adalah :

1. align
2. strong visual connection
3. keep odd or even
4. divide to third
5. add white space
6. repetition pattern
7. emphasize between design element
(diambil dari about.com | 7 composition tips)
susunan yang teratur akan memudahkan pembacaan(draft awal artbook Al kalam)

minggu ke 7 pula ditekankan tentang konsep vector untuk memudahkan(simplify) bentuk, karaektor juga persekitaran dalam konsep vektor dengan menggunakan Adobe Illustrator sebagai platformnya.
(penerangan berkaitan diambil dari vectortutsplus.com)

Banyak perkara yang perlu dikejar untuk memastikan hasil pada semester ini boleh dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar akan datang. Ya allah , berilah aku kekuatan untuk meneruskan semua ini...Insyaallah.


No comments:

Post a Comment