Friday, 28 December 2012

untukmu palestine



ingin menderma kepada rakyat palestine...insyaallah semua akan terus disalur kepada AMAN PALESTINE

akan datang



salam semua,

semoga keberkatan disisi anda...

Sunday, 23 December 2012

Malam Demi Palestin - TV Alhijrah

Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat jugak saya bersama isteri dan 2 adik saya menghadiri MALAM DEMI PALESTINE di dewan Mukhtamar Pusat penyiaran Islam TV Alhijrah...kami sampai lewat dalam jam 9.30 malam. memang dah agak dah orang mesti ramai..so time tu gerai2 & booth memang dah tutup. tak sempat nak cari2 barang & cari contact ntuk showcase akan datang..sempat beli baju t palestine jer...

persembahan malam tadi sangat menyentuh hati, ada beberapa kali luangan takbir ALLAHHU AKBAR berkumandang dan di sahut penuh semangat oleh tetamu yang hadir. saya pada mulanya tak dapat nak masuk dewan sebab ingat dah tak boleh masuk sebab lewat, so duduk luar jer la...tengok persembahan dari artis seperti Heliza, Tasha, UNIC, Nash, Alyah dan termasuk Afdlin Shauki yang memang sangat ditunggu2 oleh penonton yg hadir dengan bait-bait kata yang sangat jujur. peringatan mengenai sejarah palestine juga disampaikan oleh 3 orang muallim yang tidak asing di TV Alhijrah ; Ustaz Shahrizan ,Ustaz Izhar Arif dan doa pengakhiran yang meruntun jiwa dari Ustaz Syed Norhisyam.

selama itu jualah kelihatan beberapa penonton di sekitar saya mengalir air mata tak dapat menahan kesedihan atas apa yang terjadi kepada umat Islam di dunia ini. pesan firman Allah : " Aku tidak akan mengubah nasib suatu kaun itu jika kaum itu tidak mengubahnya...." seharusnya memberi ikhtibar kepada kita semua.


sebelum pulang ke rumah

isteri bersama adik

diakhir program luangan "khaibar khaibar" dari Amin Idris

saya tak sempat nak tengok lelongan pada siang hari kerana beada di majlis kahwin epupu di ipoh. atas tekad saya dan isteri bersama wana dan enda(adik) kami meneruskan perjalanan yang mungkin agak  perlahan trafik terus juga ke TV-Alhijrah. so, malam tu Farah Deeba pada awal majlis ada membuat pengumuman untuk melelong selendang yang dihasilkan oleh wanita palestine dan ditandatangangi oleh ketua Hamas Khaled Mishaal pada bidaan RM 70k...dan akhirnya dibida oleh TV-Alhirah sendiri, dan hasil bidaan akan diagihkan kepada 7 badan NGO yang bergabung dalam menjayakan program ini.

Insyaallah, akan datang giliran saya dalam CNM showcase nanti...saya tak layak untuk jadi tentera Al-Qassam. jadi saya akan buat termampu saya...

hikmah & hazwan....

alhamdulillah, lagi sorang sepupu aku dah  menamatkan zaman bujangnyer..tahniah buat Dr. hikmah & pasangan terchinter Dr. hazwan..semoga berkekalan hendaknyer...

imej terus daari kamera...

Thursday, 6 December 2012


Dunia semakin bergolak. israel semakin berani menidakkan hak orang Palestine di bumi mereka sendiri. penjajahan dan penindasan yg berlaku kini jadi perkara yg biasa dan kebiadapan israel ternyata menjengkelkan semua orang.

dan keputusan undian Palestine sebagai pemerhati negara bukan ahli PBB meluapkan lagi bebangkitan intifadha dikalangan umat Islam dunia dan semestinya Rakyat Palestine itu sendiri.

kita di sini sepatutnya bersyukur atas keamanan dan nikmat hidup sebagai bangsa dan rakyat Malaysia. Jangan gadaikan maruah dan apa yg kita nikmati sekarang semata-mata nak menegakkan hukum yg satu saja jika keharmonian negara terabai.

sebagai umat serumpun agama, kita sedekahkan al-fatihah kepada pejuang palestine yg syahid dan hulurkan bantuan  semampunya, sekurang-kurangnya kita doakan dalam solat fardhu kita.

Dan insyaallah jika diberi keizinan dan kudrat dari Allah, CNM showcase 2013 akan datang akan mendukung perjuangan umat Islam di Palestine. jika ada antara anda yg ingin menyumbang dan menyertai program ini, boleh terus hubungi saya...tq

aziz

Saturday, 11 August 2012

ramadhan & syawal


salam kepada semua,

alhamdulillah hingga ke tarikh ini sudah 22 hari kita menjalani ibadah puasa. bagaimana ramadhan kita? semoga amal kebaikan dan ibadah kita diterima Allah s.w.t insyaallah.

seperti kebiasaan tahun lepas, saya akan mencari inisiatif untuk menghasilkan kad raya untuk semua rakan2 kat office mahupun yg ada di luar..mana yang mampu la saya hantar. namun untuk postage kad raya mungkin agak tinggi, so buat poskad jer pon jadi lah...everything just D.I.Y jer..dengan bantuan payid as a photographer dan khaliesah yang membantu touch-up gamba, semua sedia dalam 1 hari..alhamdulillah dah ade la print lebih kurang 30 keping ni haa...so insyaallah akan diedarkan dalam minggu hadapan..ni pon datang opis semata2 nak buat poskad..pastu ade pulak nak mintak sampul raya..tu pon dah siap design, cuma tak print jer lagi..

hari ni nak buka juadah aper???insyaallah rasanya cam nak masak sup tulang jer..he3..perencah dah ade..tinggal masak jer la nanti..

semoga bertemu lagi dalam tulisan yg akan datang...

Sunday, 22 July 2012


salam ramadhan al mubarak kepada semua umat islam seluruh dunia. hari ke-2 puasa, saya masih berpuasa berseorangan tanpa isteri disisi. tak de masalah  setakat ni. selama ini lebih 8 tahun saya berpuasa "sorang2" jugak...

masa belajar dulu kat UUM saya rasakan waktu puasa yang sangat best. alhamdulillah, petang2 memang saya ajak kawan bertadarus di masjid kolej kediaman bukit kachi(tak tau la apa nama-nya sekarang) sehingga melewati azan maghrib waktu berbuka puasa. indah sungguh masa tu..lagi2 berbuka beramai-ramai bersama rakan. yang paling saya tak boleh lupa adalah bubur lambuk daging...perghh...kalau pelahap, 2 mangkuk pon tak cukup. tapi harus dingingat, bila puasa ni, waktu berbuka janganlah pulak kita mengalahkan masa tak berpuasa. bersederhanalah kita semua : wasatiah.


AKAN DATANG
dan kini setelah berbincang bersama rakan sepasukan dan boss sekali, majlis memutuskan tema untuk CNM SHOWCASE akan datang bertemakan kerohanian "MEMARTABAT KESENIAN ISLAM". saya kini sedang mengumpul material untuk digunakan pada showcase itu nanti.

SHOWCASE
sebenarnya, saya dah tak mau guna perkataan "showcase" pasa asalnya kerana bila saja saya buat aktiviti, ada saja yang ingin mengguna pakai apa yang telah saya usahakan...kalau dalam super spontan, johan cakap "senang buat duitt...". begitu jugalah keadaan pada tahun lepas, apa yang telah cuba saya dan team saya usahakan kena hijacked dan akhirnya program yang dijalankan tidak seindah apa yang saya dan team rancangkan dulu. namun, nama dan objektifnya adalah daripada perahan idea pelajar2 saya juga. ujian tuhan ada dimana-mana..mungkin itu ujiannya. dan banyak yang saya pelajari dan dari situ banyak yang boleh dirancang dengan baik sekiranya kita tahu kelemahan & kekuatan kita. Insyaallah

Jadi kepada anda yang mungkin baru membaca blog ini, kemungkinan ada antara anda yang berminat berniaga, bekerja dalam stesen tv alhijrah, aktif dalam seni khat, menerbitkan buku-buku agama, dan tak lupa kepada artis-artis nasyid yang ingin mempromosikan album/single terbaru anda, boleh hubungi saya...kami amat memerlukan anda untuk memartabat kesenian Islam dan mengukuhkan jati diri Islam sejati dikalangan remaja...Insyaallah

Wednesday, 11 July 2012

Sunday, 24 June 2012



kisah negeri al-kalam merupakan intepretasi saya yang saya olah serba sedikit daripada kisah2 yang telah wujud sekian lama. kini masih lagi dalam proses pembikinan.
appertura creative solution di bangunkan oleh 3 orang sahabat dalam industri education. namun penglibatan dalam perniagaan ini sebagai satu langkah penambahbaikan dari segi ekonomi bagi setiap pemegang amanah syarikat. logo di atas juga dihasilkan selama lebih kurang 5 jam(tambah tolak dengan keje opis) dalam menghasilkan logo khufi yang tepat. sebab sebelum ini saya pernah di tegur dalam penghasilan seni khat khufi ini oleh seorang saudara yang memang mahir dalam bidang ini. terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan. alhamdulillah saya juga mendapat manfaat daripada teguran saudara itu yg saya temuni di Himpunan Jutaan Belia 2012 di putrajaya beberapa bulan yg lalu.

Wednesday, 2 May 2012

clean the rubbish...

clean le sangat dengan apa yg cuba dibuat oleh orang2 yg tidak bertanggungjawab tu.

harap jer pakai kupiah putih, pakai serban, jubah dan sebagainya tapi tidak mengamalkan ilmu dari rasulullah tentang amalan dan akhlak mulia sebagai seorang muslim. mudah untuk menerima hasutan dari "malaun ntah dari negara mana yg sememangnya bijak tentang undang-undang malaysia. sah-sah la apa yg cuba dibawa tu terpesong sangat dah dari landasan Islam, tapi nak jugak ikut. maaf la kalau saya katakan..mereka semua ni PENGKHIANAT NEGARA.

Seingat saya Rasulullah s.a.w, tidak pernah mengajar untuk ber'demo' sambil memusnahkan harta benda awam serta mencederakan orang.

sudah2lah kedua-dua belah pihak nak mencari kesalahan orang.cuba perbetulkan dengan meja rundingan.itu adalah lebih baik dan aman. tiada pertumpahan darah dan ia adalah sebaik-baik cara memuafakatkan masyarakat.

kalau ada yang tidak benar dalam mana-mana pihak, tegur dengan baik, bukan dalam keadaan yang memalukan. dan yang ditegur tu kena la terima dengan sebaik-baiknya.

renung-renungkan dan beramallah dengan ilmu yang benar dan lurus disisi ALLAH.

Wednesday, 25 April 2012

1st wedding anniversary

 selepas nikah
 photoshoot kt bagan datok
 kat rumah 


 ex-student yg jade photographer