Sunday, 22 July 2012


salam ramadhan al mubarak kepada semua umat islam seluruh dunia. hari ke-2 puasa, saya masih berpuasa berseorangan tanpa isteri disisi. tak de masalah  setakat ni. selama ini lebih 8 tahun saya berpuasa "sorang2" jugak...

masa belajar dulu kat UUM saya rasakan waktu puasa yang sangat best. alhamdulillah, petang2 memang saya ajak kawan bertadarus di masjid kolej kediaman bukit kachi(tak tau la apa nama-nya sekarang) sehingga melewati azan maghrib waktu berbuka puasa. indah sungguh masa tu..lagi2 berbuka beramai-ramai bersama rakan. yang paling saya tak boleh lupa adalah bubur lambuk daging...perghh...kalau pelahap, 2 mangkuk pon tak cukup. tapi harus dingingat, bila puasa ni, waktu berbuka janganlah pulak kita mengalahkan masa tak berpuasa. bersederhanalah kita semua : wasatiah.


AKAN DATANG
dan kini setelah berbincang bersama rakan sepasukan dan boss sekali, majlis memutuskan tema untuk CNM SHOWCASE akan datang bertemakan kerohanian "MEMARTABAT KESENIAN ISLAM". saya kini sedang mengumpul material untuk digunakan pada showcase itu nanti.

SHOWCASE
sebenarnya, saya dah tak mau guna perkataan "showcase" pasa asalnya kerana bila saja saya buat aktiviti, ada saja yang ingin mengguna pakai apa yang telah saya usahakan...kalau dalam super spontan, johan cakap "senang buat duitt...". begitu jugalah keadaan pada tahun lepas, apa yang telah cuba saya dan team saya usahakan kena hijacked dan akhirnya program yang dijalankan tidak seindah apa yang saya dan team rancangkan dulu. namun, nama dan objektifnya adalah daripada perahan idea pelajar2 saya juga. ujian tuhan ada dimana-mana..mungkin itu ujiannya. dan banyak yang saya pelajari dan dari situ banyak yang boleh dirancang dengan baik sekiranya kita tahu kelemahan & kekuatan kita. Insyaallah

Jadi kepada anda yang mungkin baru membaca blog ini, kemungkinan ada antara anda yang berminat berniaga, bekerja dalam stesen tv alhijrah, aktif dalam seni khat, menerbitkan buku-buku agama, dan tak lupa kepada artis-artis nasyid yang ingin mempromosikan album/single terbaru anda, boleh hubungi saya...kami amat memerlukan anda untuk memartabat kesenian Islam dan mengukuhkan jati diri Islam sejati dikalangan remaja...Insyaallah

No comments:

Post a Comment