persembahan malam tadi sangat menyentuh hati, ada beberapa kali luangan takbir ALLAHHU AKBAR berkumandang dan di sahut penuh semangat oleh tetamu yang hadir. saya pada mulanya tak dapat nak masuk dewan sebab ingat dah tak boleh masuk sebab lewat, so duduk luar jer la...tengok persembahan dari artis seperti Heliza, Tasha, UNIC, Nash, Alyah dan termasuk Afdlin Shauki yang memang sangat ditunggu2 oleh penonton yg hadir dengan bait-bait kata yang sangat jujur. peringatan mengenai sejarah palestine juga disampaikan oleh 3 orang muallim yang tidak asing di TV Alhijrah ; Ustaz Shahrizan ,Ustaz Izhar Arif dan doa pengakhiran yang meruntun jiwa dari Ustaz Syed Norhisyam.
selama itu jualah kelihatan beberapa penonton di sekitar saya mengalir air mata tak dapat menahan kesedihan atas apa yang terjadi kepada umat Islam di dunia ini. pesan firman Allah : " Aku tidak akan mengubah nasib suatu kaun itu jika kaum itu tidak mengubahnya...." seharusnya memberi ikhtibar kepada kita semua.
sebelum pulang ke rumah |
isteri bersama adik |
diakhir program luangan "khaibar khaibar" dari Amin Idris |
saya tak sempat nak tengok lelongan pada siang hari kerana beada di majlis kahwin epupu di ipoh. atas tekad saya dan isteri bersama wana dan enda(adik) kami meneruskan perjalanan yang mungkin agak perlahan trafik terus juga ke TV-Alhijrah. so, malam tu Farah Deeba pada awal majlis ada membuat pengumuman untuk melelong selendang yang dihasilkan oleh wanita palestine dan ditandatangangi oleh ketua Hamas Khaled Mishaal pada bidaan RM 70k...dan akhirnya dibida oleh TV-Alhirah sendiri, dan hasil bidaan akan diagihkan kepada 7 badan NGO yang bergabung dalam menjayakan program ini.
Insyaallah, akan datang giliran saya dalam CNM showcase nanti...saya tak layak untuk jadi tentera Al-Qassam. jadi saya akan buat termampu saya...
No comments:
Post a Comment