Wednesday, 21 May 2014

Salam sejahtera kepada semua,

Pada masa kini kebijaksanaan akal fikiran bagai tidak dimanfaatkan lagi oleh setiap manusia mahupun umat Islam di dunia ini. mungkin artikel ini agak jauh ketinggalan dari arikel di akhbar mahupun paparazi di luar sana. namun saya lebih melihat dan memerhati dahulu sebelum membuat sesuatu andaian atau mengkritik mana-mana pihak yang ingin saya sebutkan ini.

dunia dikejutkan dengan banyak musibah dan gejala yang seronok mahupun yang tidak sedap didengar. Penangan lagu dan tarian "Gungnam Style " oleh penyanyi berisi korea Psy telah membuatkan tarian kudanya popular di seluruh dunia. sehingga kita di malaysia ini pon  banyak parodi yg dibuat termasuk la " KL style" dari hitz.fm dan "super kampung style" dari fly.fm.(sori kalau silap tulis)..

ada yang kata tarian ni lucah , namun dari segi mana2 tarian pon kalau mengundang keghairahan boleh le dikategorikan benda yg sama. melambak dah k-pop punyer pengaruh di negara kita ni...semua nak jadi cam diorang...boleh, tapi biar la ada had & tiru pada mana yg patut. contohnya teknologi & kepakaran korea selatan dalam pelbagai jenis bidang termasuk bidang hiburan. jangan terlampau taksub sangat nak pakai macam k-pop sampai boleh memudaratkan diri seperti dalam BULETIN UTAMA 22 & 23 september 2012 yang memetik bahawa penggunaan kanta lekap k-pop yang banyak dijual secara online & kat uptown pon banyak tu sebenarnya mendatangkan risiko 5 kali ganda berbanding kanta lekap berjenama. ada kes dimana seorang pemakai terlelap ketika masih memakkai kanta lekap k-pop kemudian nak bukak mata pon tak boleh. bila gi check ngan doktor, 80 % kerosakan mata berlaku. so buta kejap..then orang tu pon serik dah nak guna kanta lekap camtu..pikir2  kan

perkara diatas mungkin biasa saje. tapi bagaimana dengan kes filem yang menghina nabi Muhammad s.a.w " innocence of muslim". saya pon tak berani la nak cakap apa sebab tak tau isinya.namun atas apa yang terjadi sah-sah la ia kes ke-2 setelah lukisan karikatur yang dilukis oleh seorang berbangsa norway mencetus kontroversi agama sebelum ini.

kita sebagai umat Islam seharusnya menentang sehabis-habisnya, bukan SEKERAS-KERASNYA. jika kekerasan yang digunakan oleh semua umat Islam terhaap perkara ini, persepsi terhadap Islam sebenarnya tercalar dengan tindakan yang tidak bertamadun orang2 muslim ini merosakkan harta benda awam demi menegakkan keadilan. benar pengarah itu yang sengaja buat pasal. dan kerajaan Amerika sendiri telah menahan atas perintah mahkamah terhadap tertuduh.

(artikel di atas di tulis pada 2012...tapi dalam folder draft sepanjang 2 tahun ini)

sambungan...

2014

kes  kehilangan MH370 tidak harus dipandang sunyi oleh masyarakat dunia, khasnya Malaysia. itu kata2 Tun Dr Mahathir. dari pelusuk berita nasioalis malaysia, juga agenda tertentu amarika juga yahudi dari proksi CNN nya...juga dari blog2 yg sentiasa update selalu dalam hal ini, hanya bertahan dalam sebulan lebih dahaja. selepas kedatangan Obama, seperti ia dipandang sepi pulak...wahai semua umat Islam, ayuh kita istiqamah untuk berdoa atas kesejahteraan Islam sentiasa terjaga. juga untuk all Malaysian, doakan agar Malaysia sentiasa aman harmoni.

No comments:

Post a Comment